Memperlihatkan kepada kemelut PKR yang menyebabkan ahli-ahli tertinggi parti itu keluar parti sepanjang pemilihan PKR yang baru sahaja berlalu. Kita perlu mengambil ikhtibar atas masalah ini agar perkara ini tidak terjadi kepada diri kita terutamanya selain mengelakkan perkara ini berulang lagu. Dengan rusuhan, protes, pergaduhan dan macam-macam lagi kejadian berlaku sepanjang pemilihan PKR yang akhirnya ditutup dengan Kongres PKR hujung minggu lalu. Dalam kongres tersebut juga berlaku ketegangan didalam dan diluar dewan dek kerana kemelut pemilihan sebelum kongres bermula. Tak perlu lah aku cerita panjang-panjang, sebab satu malaysia dah tahu kemelut PKR tambahan lagi dengan kes 'Anugerah Tuhan' & 'Ketuanan Melayu' yang menjadi perdebatan hangat sehingga kehari ini.
Dan kemelut ini sememangnya menjadi ikhtibar banyak pihak. Perkara ini dibuktikan dengan penangguhan pemilihan parti UMNO selama setahun 6 bulan. (Sepatutnya dijalankan Oktober 2011, ditangguh sehingga April 2013.) Alasannya untuk menyiapkan jentera pilihan raya ke-13 yang mana UMNO sedang mendapatkan kepercayaan rakyat kembali tatkala PRU 12 menyaksikan UMNO hilang majoriti 2/3 parlimen. Selain memulihkan parti dengan segala agenda kerajaan untuk rakyat yang berasaskan Model Baru Politik.
Sisipan penuh dari akhbar berita harian, BERITA UTAMA
